Showing posts with label puasa. Show all posts
Showing posts with label puasa. Show all posts

Wednesday, July 28, 2010

Cara menggantikan puasa kerana melahirkan anak

Cara menggantikan puasa kerana melahirkan anak


Soalan 02

Adakah cara lain untuk seorang wanita menggantikan puasanya dengan alasan baru melahirkan anak?
Jawapan :

Seorang wanita yang mengandung atau yang telah melahirkan anak atau yang sedang menyusukan anak jika wanita tersebut ingin meninggalkan puasa, maka wajib atasnya untuk menggantikan puasa tersebut. Ia terbahagi kepada dua cara iaitu

Sekiranya wanita tersebut meninggalkan puasa kerana khuatir atas kesihatan dirinya maka dia diwajibkan menggantikan puasa tersebut.
Sekiranya wanita tersebut meninggalkan puasa kerana khuatir ke atas kesihatan dirinya dan kesihatran anaknya maka wajib atasnya menggantikan puasa tersebut berserta fidiyah (satu cupak = satu hari)
waulahualam

Sumber soaljawab.jais.gov.my

Hukum Muntah semasa menjalankan ibadah puasa

Hukum Muntah semasa menjalankan ibadah puasa


Hukum Muntah semasa menjalankan ibadah puasa


Soalan 04
Soalan
Semasa mengerjakan ibadah puasa, saya telah termuntah dengan teruknya sebanyak 3 kali. Adakah puasa saya telah terbatal?

Jawapan
Tidak batal kerana saudara muntah dengan tidak sengaja.


Muntah semasa menjalankan ibadah puasa

Sumber soaljawab.jais.gov.my

Azan subuh ketika bersahur, Hukum puasa


Thursday, July 15, 2010

Perkara yang membatalkan puasa

Perkara yang membatalkan puasa


Manakala perkara-perkara berikut akan membatalkan puasa jika terjadi:
Makan dan minum dengan sengaja walaupun pada nilaian dan kadaran yang sedikit pun,seperti memakan saki baki makanan kecil yang terlekat pada celah gigi dan lain-lain lagi.
Muntah dengan sengaja
Bersetubuh atau keluar air mani dengan sengaja (Hukum Bersetubuh waktu siang Ramadhan)
Keluar darah haid atau nifas
Gila (hilang akal)

Thursday, July 8, 2010

Menggunakan inhaler pada semasa berpuasa


Menggunakan inhaler pada semasa berpuasa

Assalamualaikum wrm wrbt.
Apakah hukum menggunakan inhaler (bagi yang berpenyakit asma) semasa berpuasa?
Sekian Terima Kasih.


Jawapan.
Menggunakan 'inhaler' semasa berpuasa boleh membatalkan puasa. Dalam hal ini perlu dilihat orang yang berpenyakit asma yang kehidupan hariannya sepanjang hayat bergantung kepada penggunaan 'inhaler' (tidak boleh tidak) maka gugurlah kewajipan berpuasa ke atas dirinya dan dia hanya diwajibkan membayar fidyah iaitu secupak beras untuk setiap hari yang ditinggalkan. Tetapi jika penggunaan 'inhaler' hanya pada waktu ia memerlukan sahaja (kritikal) dan kebetulan semasa itu ia berpuasa, puasa tersebut dihukumkan terbatal dan ia wajib mengqada semula puasa tersebut.
Harap sedia maklum.

Hukum Memakai Kanta Sentuh di Bulan Puasa

Hukum Memakai Kanta Sentuh di Bulan Puasa

Assalamualaikum,

Saya ingin bertanya apakah hukumnya samada batal atau tidak puasa sekiranya saya memakai kanta sentuh (contact lens) di bulan puasa kerana saya akan menitikkan ubat mata (lens drop) apabila mata saya kering?

Sekian Terima Kasih.Jawapan.


Sah puasanya kerana mata bukanlah rongga yang terbuka. Perbuatan tersebut tidak membatalkan puasa.

Hukum Pengsan semasa puasa


Hukum Pengsan semasa puasa


Assalamualaikum,

Saya ada kemusykilan mengenai puasa.
Saya menghidapi penyakit sawan yang baru dikesan bulan Julai tahun ini.
Berikutan dengan pembatalan puasa akibat tidak sedarkan diri, bagaimanakah kedudukan sawan dalam konteks puasa?

Terima kasih.


Jawapan.

Seseorang yang pengsan atau tidak sedarkan diri sepanjang hari dalam bulan Ramadhan adalah batal puasanya, tetapi seandainya hanya pengsan seketika maka tidak merosakkan ibadah puasanya.

Bersetubuh waktu siang Ramadhan


Bersetubuh waktu siang Ramadhan 

Assalamualaikum,

Pada 1984, saya dan suami pernah bersama pada waktu siang bulan Ramadan. Adakah kami dikenakan kafarah kerana ketika itu kami jahil mengenai agama. Bagaimanakah kiraan dan kepada siapakah perlu kafarah itu diberikan kerana tempat kami tiada fakir miskin?

Permasalahan haid dan puasa

Permasalahan haid dan puasa   

Assalamualaikum,Saya ingin bertanya mengenai puasa. Saya mempunyai haid yang dalam sebulan normalnya 7 hari kemudian dia akan berhenti dan saya akan terus mandi dan sembahyang selang dalam seminggu lebih kemudiannya dia akan datang kembali dengan keadaan yang cuma lendir yang berwarna coklat.

Adakah dalam bulan Ramadhan ini puasa saya sah atau tidak jika antara waktu yang sudah berhenti dengan yang datang lendir berwarna coklat itu saya teruskan berpuasa. Adakah antara masa berhenti itu dengan waktu datang lendir saya kena mengqadakkan puasa. Jawapan amat saya harapkan.

Terima kasih. Jawapan.

Wednesday, July 7, 2010

Persoalan Puasa


Persoalan Puasa

Bagaimana caranya jika saya ingin menggantikan puasa saya 7 tahun yang lepas. Saya pernah menggantikan puasa tetapi tidak penuh dan kini saya sudah lupa berapakah jumlah gantian puasa yang saya lakukan. Apa yang saya pasti , ia tidak pernah lebih dari 8 hari. Bagaimana saya ingin menggantikan puasa itu dan berapakah fidyah yang perlu saya bayar? Bolehkah jika saya ingin membayar fidyah itu dengan duit dan bukan beras. Saya harap ustaz dapat membantu kerana saya agak keliru. Saya bercadang ingin menggantikan semula semua puasa-puasa saya.

Popular Posts