Saturday, July 3, 2010

Prosedur Perkahwinan bagi anak luar nikah / anak angkat

Prosedur Perkahwinan bagi anak luar nikah / anak angkat


Soalan
Assalamualaikum

a) Apakah prosedur yang perlu jika pasangan yang ingin dikahwini adalah anak luar nikah atau anak angkat? Sila jelaskan (borang yang harus disertakan/ diisi?


b) Jika alamat pada kad Pengenalan perempuan yang ingin dikahwini tertera dari negeri lain, adakah harus pasangan itu diijabkabul di negeri tersebut walaupun telah lama bermastautin di negeri lain?


terima kasih.

Jawapan :

Tuan,

Prosedur antara anak luar nikah dengan anak angkat yang dikahwini adalah berbeza,

Anak luar nikah yang akan dikahwini hendaklah mendapat kebenaran menggunakan wali hakim melalui Mahkamah Syariah yang berdekatan dengan tempat tinggal.

Anak Angkat : Sekiranya diketahui bapanya masih ada, perkahwinan ini perlu diwalikan oleh bapa kandung, walaubagaimanapun jika bapa kandung tidak dapat dikesan tetapi diyakini masih hidup, usaha mencarinya perlu dilakukan terlebih dahulu, sekiranya gagal pihak bakal pengantin perempuan perlu mendapatkan kebenaran permohonan wali hakim daripada pihak Mahkamah Syariah.

Pernikahan boleh dilakukan di negeri Selangor tetapi perlu mengisi borang bermastautin yang diperakukan oleh Jawatankuasa penduduk atau nazir masjid atau ketua kampung disebabkan perbezaan alamat di kad pengenalan.
Prosedur Perkahwinan bagi anak luar nikah / anak angkat

No comments:

Popular Posts