Monday, June 14, 2010

Solat Jamak Dan Qasar

Solat Ketika Musafir

Firman Allah dalam Surah An-Nisaa: 101
bermaksud:
“ Dan apabila kamu berpergian dimuka bumi, maka
tidaklah mengapa kamu mengqasarkan
(memendekkan) solat, jika kamu takut diserang oleh
orang-orang kafir. Sesungguhnya orang-orang kafir
itu adalah musuh yang nyata bagimu.”

Solat Ketika Musafir
Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Solat qasar itu adalah satu daripada rohsah
(kelonggaran) yang dikurniakan oleh Allah Ta’ala
keatas kamu, maka hendaklah kamu terima
anugerahNya.”
- (Muslim)
Solat Jamak Dan Qasar

1. Solat Jamak artinya menghimpunkan antara solat
Zuhur dengan Asar dan solat Maghrib dengan
Isyak

2. Solat qasar artinya mengerjakan dua rakaat
sahaja bagi solat Zuhur, Asar dan Isyak. Tidak
bagi solat Maghrib dan Subuh.

Solat Jamak Terbahagi Dua
1. Jamak Takdim dan 
2. Jamak Ta’khir

Jamak Takdim / Jamak Ta’khir


Jamak Takdim:
Ialah mengerjakan solat asar diwaktu zuhur,
bersama-sama dengan solat zuhur, dan mengerjakan
solat isyak di waktu maghrib, bersama-sama dengan
solat maghrib.


Jamak Ta’khir:
Ialah mengerjakan solat zuhur di waktu asar,
bersama-sama dengan solat asar, dan mengerjakan
solat maghrib di waktu isyak, bersama-sama solat
isyak

Syarat Solat Qasar

1. Pelayaran atau perjalanan yang di haruskan
syarak
2. Jauh pelayaran atau perjalanan tidak kurang dari
dua marhalah (91 km)
3. Berniat qasar dalam takbiratul ihram
4. Tidak berimam dengan orang yang solat
tamam (sempurna)
5. Solat yang di qasarkan terdiri dari solat
empat rakaat

Syarat Solat Jamak Takdim

1. Mulakan dengan solat yang punya waktu (zuhur
kemudian asar dan maghrib dan kemudian isyak)
2. Niat jamak takdim dalam solat pertama (afdal
dalam takbiratul ihram)
3. Berturut-turut diantara solat yang dijamakkan
4. Berkekalan pelayaran atau perjalanan hingga
takbiratul ihram solat yang kedua
5. Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama,
sehingga di dirikan solat yang kedua

Lafaz Niat Solat Jamak Takdim

(zuhur dan asar – di waktu zuhur)
(solat zuhur)
Usal-li fardhaz zuhri rak’ataini qasran
majmuu’an ilaihil ‘asru adaa-an lillahi ta’ala
– Allahu Akbar.
Maksudnya: “Sahaja aku solat fardu Zohor
dua rakaat qasar dihimpunkan Asar tunai
kerana Allah Ta’ala.”

Lafaz Niat Solat Jamak Takdim

(zuhur dan asar – di waktu zuhur)
(solat ‘asar)
Usal-li fardhal ‘asri rak’ataini qasran lillahi
ta’ala – Allahu Akbar.
Maksudnya: “Sahaja aku solat fardu Asar dua
rakaat qasar kerana Allah Ta’ala.”

Lafaz Niat Solat Jamak Takdim

(maghrib dan isyak – di waktu maghrib)
(solat maghrib)
Usal-li fardhal maghribi tsalatsa rak’aatin
qasran majmuu’an ilaihil ‘isyaa-u adaa-an
lillahi ta’ala – Allhu Akbar.
Maksudnya: “Sahaja aku solat Maghrib tiga
rakaat di himpunkan kepada Isyak tunai kerana
Allah Ta’ala.”

Lafaz Niat Solat Jamak Takdim

(maghrib dan ‘isyak – di waktu maghrib)
(solat ‘isyak)
Usal-li fardhal ‘isyaa-i rak’ataini qasran lillahi
ta’ala – Allahu Akbar.
Maksudnya: “Sahaja aku solat fardu Isyak dua
rakaat qasar kerana Allah Ta’ala.”

Lafaz Niat Solat Jamak Ta’khir

(zuhur dan asar – di waktu asar)
(solat zuhur)
Usal-li fardhaz zuhri rak’ataini qasran
majmuu’an ilal ‘asri lillahi ta’ala – Allahu
Akbar.
Maksudnya: “Sahaja aku solat fardu Zohor
dua rakaat qasar dihimpunkan kepada Asar
kerana Allah Ta’ala.”

Lafaz Niat Solat Jamak Ta’khir

(zuhur dan asar – di waktu asar)
(solat asar)
Usal-li fardhal ‘asri rak’ataini qasran adaaan
lillahi ta’ala – Allahu Akbar.
Maksudnya: “Sahaja aku solat fardu Asar dua
rakaat qasar tunai kerana Allah Ta’ala.”

Lafaz Niat Solat Jamak Ta’khir

(maghrib dan isyak – di waktu isyak)
(solat maghrib)
Usal-li fardhal maghribi tsalatsa rak’aatin
qasran majmuu’an ilaihil ‘isyaa-u lillahi
ta’ala – Allahu Akbar.
Maksudnya: “Sahaja aku solat Maghrib tiga
rakaat di himpunkan kepada Isyak kerana Allah
Ta’ala.”

Lafaz Niat Solat Jamak Ta’khir

(maghrib dan isyak – di waktu isyak)
(solat isyak)
Usal-li fardhal maghribi tsalatsa rak’aatin
qasran adaa-an-an lillahi ta’ala – Allahu
Akbar.
Maksudnya: “Sahaja aku solat fardu Isyak
dua rakaat qasar tunai kerana Allah Ta’ala.”

Peringatan

1. Solat jamak ta’khir boleh dikerjakan dengan
menunaikan solat asar di ikuti dengan solat
zuhur, atau isyak di ikuti dengan solat maghrib.
Tetapi sunnat di dahulukan solat zuhur kemudian
di ikuti dengan solat asar. Demikian juga solat
maghrib kemudian di ikuti dengan solat isyak.
Tetapi jika waktunya sempit, (tidak
membolehkan dua fardu solat) maka wajib di
dahulukan solat yang punya waktu (sahibul
waktu)

2. Solat jamak ta’khir dikerjakan dengan satu azan
dua iqamah

3. Jika solat itu dikerjakan dengan berjamaah,
hendaklah di tambah dengan perkataan
makmuuman atau imaaman sebelum perkataan
lillahi ta’ala

4. Menjatuhkan niat di dalam sesuatu ibadat adalah
wajib, tetapi melafazkannya adalah sunnat

Semoga membantu...

No comments:

Popular Posts