Wednesday, June 9, 2010

Makna Haid dan Hikmah Haid

Makna Haid dan Hikmah Haid
Makna Haid

Dari sudut bahasa, haid ialah: turun sesuatu secara mengalir.
Dari sudut syara’, haid ialah darah yang keluar dari wanita kerana fitrah

kejadiannya tanpa sebarang sebab. Ia keluar pada waktu-waktu yang diketahui. Ia
adalah darah fitrah yang keluar bukan kerana sakit, luka, keguguran atau kelahiran.
Hikmah Haid

Sesungguhnya janin yang berada di dalam perut ibunya tidak mungkin
mendapat makanan seperti orang yang di luar. Ini kerana tidak mungkin bagi
seorang ibu untuk menyampaikan makanan kepada anaknya dengan cara yang
biasa.

Atas sebab ini Allah Ta’ala menjadikan makanan untuk janin dalam perut ibu
daripada darah (ibunya). Ia tidak memerlu kepada pemakanan biasa (solid food) dan
penghadaman. (Zat makanan yang berada di dalam darah ibu) sampai ke dalam
badan janin melalui pusatnya dan lantas memasuki urat-urat sarafnya. Inilah cara
janin mendapat makanan.

Maha Mulia Allah sebagai sebaik-baik pencipta. Inilah hikmah darah haid.
Oleh itu apabila berlaku kehamilan, seorang wanita terputus haidnya. Amat jarang
berlaku haid ketika hamil. Demikian juga bagi ibu-ibu yang menyusu, sangat sedikit
di kalangan mereka yang datang haid terutamanya di awal masa menyusu.


Makna Haid dan Hikmah Haid

No comments:

Popular Posts