Monday, May 3, 2010

10 PESANAN ALLAH S.W.T KEPADA NABI MUSA A.S.

10 PESANAN ALLAH S.W.T KEPADA NABI MUSA A.S.   

Abul-Laits Assamarqandi meriwayatkan kepada sanadnya dari Jabir bin Abdillah r.a. berkata Rasulullah S.A.W bersabda : "Allah S.W.T. telah memberikan kepada Nabi Musa bin Imran a.s. dalam alwaah 10 bab :

 ·Wahai Musa jangan menyekutukan aku dengan suatu apa pun bahawa aku telah    
  memutuskan bahawa api neraka akan menyambar muka orang-orang musyrikin. 

·Taatlah kepada-Ku dan kedua orang tuamu nescaya Aku peliharamu dari sebarang bahaya dan akan Aku lanjutkan umurmu dan Aku hidupkan kamu dengan penghidupan yang baik. 

·        Jangan sekali-kali membunuh jiwa yang Aku haramkan kecuali dengan hak nescaya akan menjadi sempit bagimu dunia yang luas dan langit dengan semua penjurunya dan akan kembali engkau dengan murka-Ku ke dalam api neraka.

·        Jangan sekali-kali sumpah dengan nama-Ku dalam dusta atau durhaka sebab Aku tidak akan membersihkan orang yang tidak mensucikan Aku dan tidak mengagung-agungkan nama-Ku. 

·        Jangan hasad dengki dan irihati terhadap apa yang Aku berikan kepada orang-orang, sebab penghasut itu musuh nikmat-Ku, menolak kehendak-Ku, membenci kepada pembahagian yang Aku berikan kepada hamba-hamba-Ku dan sesiapa yang tidak meninggalkan perbuatan tersebut, maka bukan daripada-Ku.

·        Jangan menjadi saksi terhadap apa yang tidak engkau ketahui dengan benar-benar dan engkau ingati dengan akalmu dan perasaanmu sebab Aku menuntut saksi-saksi itu dengan teliti atas persaksian mereka. 

·        Jangan mencuri dan jangan berzina isteri jiran tetanggamu sebab nescaya Aku tutup wajah-Ku daripadamu dan Aku tutup pintu-pintu langit daripadanya. 

·        Jangan menyembelih korban untuk selain dari-Ku sebab Aku tidak menerima korban kecuali yang disebut nama-Ku dan ikhlas untuk-Ku.

·        Cintailah terhadap sesama manusia sebagaimana yang engkau suka terhadap dirimu sendiri. 

·        Jadikan hari Sabtu itu hari untuk beribadat kepada-Ku dan hiburkan anak keluargamu. Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda lagi : "Sesungguhnya Allah S.W.T menjadikan hari Sabtu itu hari raya untuk Nabi Musa a.s. dan Allah S.W.T memilih hari Juma'at sebagai hari raya untukku."

2 comments:

Anonymous said...

bukannya itu 10 hukum taurat yang ada di alkitab???

Unknown said...

Saya tidak pernah menbaca Kitab Taurat.Tapi saya percaya ia memang ada ditulis. Kitab Taurat adalah kitab yang diturunkan kepada Nabi Musa.
Di bawah ini adalah kitab-kitab yang diturunkan mengikut turutan:
1. Taurat - Nabi Musa a.s
2. Zabur - Nabi Daud a.s
3. Injil - Nabi Isa a.s
4. Al-Quran - Nabi Muhammad s.a.w

Kitab yang terakhir sekali yang diturunkan ialah Al-Quran dimana ia diturunkan untuk menggantikan semua kitab yang diturunkan sebelumnya. Jadi semua kandungan asal kitab ada di tulis di dalam Al-Quran.
Terus membaca di sini, saya akan postkan kisah2 yang berkenaan.

Popular Posts