PLKN Modul, Kebaikan PLKN, Gambar-gambar PLKN

PLKN Modul, Kebaikan PLKN, Gambar-gambar PLKN

1. Apakah Maksud Khidmat Negara?

gambar plknLatihan Khidmat Negara (LKN) adalah satu program pembinaan sahsiah diri bermatlamatkan membina dan mengukuhkan semangat patriotisme di kalangan generasi muda, memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional dan membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni. Program ini bukanlah Kerahan Tenaga dan tidak mengikut mana-mana model daripada luar kerana dilaksanakan ala Malaysia berteraskan tiga modul utama.








2. Apakah struktur latihan dan peratusan latihan Khidmat Negara?

gambar plknStruktur Latihan Khidmat Negara ialah 20% latihan asas Ketenteraan â€" Meliputi aspek kepimpinan, ketahanan diri, keyakinan dan pembinaan kumpulan/ pasukan, aktiviti asas kawad, ‘reppeiling’ dan ‘abseiling’, latihan pandu arah, merempuh halangan, pengenalan ikhtiar hidup, ‘jungle tracking, menyeberang sungai dan pengenalan kepada senjata api.

40% elemen Kenegaraan/ Pembentukan watak â€" Meliputi sejarah negara, kedaulatan dan maruah negara, struktur dan sistem dunia, Malaysia dan isu antarabangsa, ancaman keselamatan, ketahanan nasional dan sebagainya.

gambar plkn40% elemen Khidmat Masyarakat â€" Meliputi aktiviti keceriaan di pusat latihan, khidmat komuniti, pengalaman di agensi awam, penghijauan bumi, kempen kitar semula, tunjuk ajar akademik, gotong-royong, projek masyarakat desa, kajian kumpulan, pemahaman sosial tempatan, pemulihan, alam sekitar, taklimat kesihatan, menderma darah dan sebagainya.
Apakah tindakan yang akan dikenakan jika seseorang yang terpilih menyertai Khidmat Negara tetapi tidak menyertainya?

Kegagalan menghadiri Latihan Khidmat Negara boleh dikenakan hukuman penjara 6 bulan atau denda sebanyak RM 3,000 atau kedua-duanya sekali.

4. Kebaikan menjalani Khidmat Negara terhadap individu?

gambar plknKebaikan menjalani Latihan Khidmat Negara (LKN) adalah terletak kepada modulnya yang menekankan corak 3 jenis latihan iaitu:

20% latihan asas ketenteraan â€" Meliputi aspek kepimpinan, ketahanan diri, keyakinan dan pembinaan kumpulan/ pasukan, aktiviti asas kawad, ‘reppeiling’ dan ‘abseiling’, latihan pandu arah, merempuh halangan, pengenalan ikhtiar hidup, ‘jungle tracking, menyeberang sungai dan pengenalan kepada senjata api.

40% elemen Kenegaraan/ Pembentukan watak â€" Meliputi sejarah negara, kedaulatan dan maruah negara, struktur dan sistem dunia, Malaysia dan isu antarabangsa, ancaman keselamatan, ketahanan nasional dan sebagainya.

40% elemen Khidmat Masyarakat â€" Meliputi aktiviti keceriaan di pusat latihan, khidmat komuniti, pengalaman di agensi awam, penghijauan bumi, kempen kitar semula, tunjuk ajar akademik, gotong-royong, projek masyarakat desa, kajian kumpulan, pemahaman sosial tempatan, pemulihan, alam sekitar, taklimat kesihatan, menderma darah dan sebagainya

gambar plknLatihan asas ketenteraan misalnya dapat membentuk tahap disiplin yang lebih baik kepada setiap peserta LKN melalui program-program yang telah dirancang.

Para peserta perlu melihat aspek positif perlaksanaan LKN kerana ia diadakan didalam suasana yang ceria, tidak terlalu menekankan aktiviti pembelajaran kelas, lebih bersifat riadah yang dapat mengelakkan aktiviti tidak sihat, dapat memupuk perpaduan melalui percampuran kaum, meluaskan pengetahuan mengenai Negara melalui elemen sejarah dan sebagainya.
gambar plknSumber : http://cikguseri73.tripod.com/id8.html

Salam, Jika artikel ini sesuai untuk dikongsikan kepada semua, sila gunakan button dibawah...

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...